Faedah Unit Amanah

单¦ì«H¦«ªº¦n处

Example1-PRSF Example2-PIX Example3-PSMALLCAP

Kebebasan Kewangan Anda Dengan Pelaburan.

Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

Anda  boleh  memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun ini ( 2009 ) ada yang mencecah 40%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah, iaitu dengan modal permulaan RM1000.00 sahaja.

¡@

Bagaimana mendapat keuntungan di Unit Trust ?

Saya akan terangkan secara ringkas bagaimana pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan di unit trust dan beberapa strategi penting yag mesti dipakai supaya pelabur tidak mengalami kerugian dalam pelaburan.

Dalam unit trust, kebanyakan keuntungan tidak hanya bergantung kepada dividen atau bonus seperti ASB atau EPF setiap tahun, Unit Trust lebih terbuka kepada pasaran modal semasa kerana pengurus dana UT boleh melabur sehingga 95% kedalam ekuiti semada First Board, Second Board ataupun MESDAQ jika pasaran saham mempunyai potensi untuk mendapat untung yang tinggi. Berbeza dengan ASB ataupun EPF, pengurus dana tidak boleh melabur kedalam ekuiti dengan peratusan yang besar, biasanya adalah dalam linkungan 20-30% sahaja.

Oleh kerana UT lebih terbuka kepada pasaran ekonomi semasa, UT akan mengalami kenaikan atau penurunan selaras dengan pergerakan ekonomi (fluctuate). Kenaikan nilai unit akan memberikan keuntungan kepada pelabur. Saya ambil contoh: jika pelabur membeli dengan harga RM1.00 untuk satu unit, apabila harga unit naik kepada RM1.10, pelabur sudah mendapat keuntungan sebanyak 10% tanpa perlu menunggu dividen ataupun bonus yang akan diumumkan oleh pengurus dana.

gambarajah 1:

kenaikan harga unit

Contohnya pelabur A melabur RM10,000.00 kedalam dana 123 pada 1 Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur A akan mendapat 10,000 unit bagi Dana 123.  Pada bulan April, harga unit telah naik sebanyak RM1.10, maka pelabur telah menjual semua unitnya yang berjumlah 10,000 unit dengan harga RM1.10, maka pelabur A telah mendapat jumlah semuanya RM11,000.00 iaitu pertambahan RM1000.00 dari modal asal. Peratusan keuntungan pelabur A adalah sebanyak 10% dalam tempoh masa 4 bulan. 10% keuntungan pelabur A adalah dari kenaikan harga unit sahaja tanpa ada dividen atau bonus.

Bagaimana ingin membuat keuntungan semasa harga jatuh? (Dollar Cost Down)

Sebenarnya didalam pelaburan UT, sejak 1972, harga unit sentiasa naik dan turun, pergerakan UT adalah dalam bentuk circle. Jika semasa pasaran sedang naik, pelabur akan berterusan mendapat keuntungan seperti gambarajah diatas, tetapi semasa harga jatuh, jika pelabur mengeluarkan pelaburannya pelabur akan rugi. Saya ambil contoh, Pelabur B melabur sebanyak RM10,000.00 dalam dana A pada Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur B memegang 10,000 unit. Pada bulan februari, harga unit dana A jatuh kepada RM0.80, oleh kerana pelabur B tertekan atau panik, dia menjual semua pegangannya dengan harga RM0.80 seunit dan mendapat balik wang sebanyak RM8000.00. Maka pelabur B sudah mengalami kerugian sebanyak RM2000.00.

Jika pelabur B adalah pelabur yang bijak, pelabur B sepatutnya melakukan "Dollar Cost Down" strategy semasa harga jatuh. Cuba fikirkan konsep pelaburan "beli masa harga rendah, jual masa harga mahal", pelabur B telah melakukan kesilapan dengan melanggar hukum pelaburan ini iaitu menjual semasa harga rendah dan mengalami kerugian.  

Bagaimana melakukan "Dollar Cost Down"

Gambarajah 2:  

 harga jatuh

Jika pelabur B seorang pelabur yang bijak, semasa harga jatuh RM0.80 pada bulan april,jika pelabur B mempunyai wang yang lain, beliau sepatutnya menambah pelaburan semasa harga rendah. Cuba kita kira, jika pelabur B membeli 10,000 unit lagi dengan harga RM0.80 seunit, purata modal seunit akan dikurangkan.

Purata seunit = (1.00 + 0.80) / 2

                      = 0.90

Oleh kerana pelabur B telah mengurangkan kos unit pelaburannya, semasa harga naik kembali kepada RM1.00 pelabur B telah mebuat keuntungan sebanyak 10% daripada 20,000 unit (ingat, pelabur B telah menambah pelaburannya), maka pelabur B tidak perlu menunggu harga naik kepada RM1.10 untuk mendapat pulangan 10%. Jika anda pelabur, adakah anda ingin 10% dari 10,000 unit atau 10% dari 20,000 unit? , so pelabur B telah menjimatkan masanya dan yang paling penting beliau menang dalam situasi tersebut "win-win situation"

Adakah betul Harga UT akan sentiasa naik bila jatuh?

Sejak UT wujud di Malaysia tahun 1972, pergerakan harga unit trust sentiasa dalam bentuk "cycle", iaitu setiap kali ia naik, ia akan turun dan setiap kali dia turun dia akan naik, cuma tempoh kenaikan dan penurunannya tidak menentu, biasanya adalah dalam tempoh 2-3 tahun.

Contoh salah satu pergerakan harga UT (Public Regular Saving Fund) dari Public Mutual Fund.

Harga unit trust mengalami kenaikan dan penurunan selaras dengan pergerakan KLCI (penentu aras ekonomi negara).

Jika anda perhatikan dari gambarajah di atas, pulangan pelaburan dalam Unit Trust "Public Regular Saving Fund" sejak pelancaran dari tahun 1994 hingga sekarang (Tahun 2009), BSKL telah mengalami dua kali kejatuhan teruk iaitu tahun 1998 dan tahun 2008. Tetapi pulangan dalam dana ini masih boleh mengalami keuntungan pulangan sebanyak 266.95% ( Purata keuntungan setahun = 266.95% / 15tahun = 17.79% ).

Jika anda beli dana ini sejak pelancaran dan jual kesemua unit anda pada sekarang iaitu pada 11-Dec-2009, maka anda dapat keuntungan sebanyak 266.95%, lebih 196.65% dari anda simpan di simpanan tetap (FD), Purata keuntungan FD cuma =  4.68% setahun seperti gambarajah di bawah:

Dalam pelaburan UT macam mana pun, sebagai pelabur anda perlu melakukan asset allocation yang sesuai dengan objektif pelaburan anda. Jika anda tidak pasti membuat keputusan, anda boleh mengubungi saya untuk bantuan. (Tel No: 019-6199 248 . Mr.Gan dari Melaka) Anda boleh juga menjadi Consultant Unit Trust secara part time atau full time jika anda berminat. Latihan akan diberikan dari masa ke semasa.

Berikut adalah beberapa petua untuk pelaburan di Unit Trust.

  1. Anggap pelaburan UT adalah pelaburan sederhana dan jangka panjang, iaitu untuk tempoh 3-5 tahun.
  2. Setkan terget anda, jika anda rasa 20% untung untuk tempoh setahun sudah memadai, maka anda seharusnya keluarkan pelaburan anda  atau tukar kepada Bond Fund apabila sudah mencapai 20% dan jangan keluarkannya sebelum target anda tercapai.
  3. Jadi pelabur yang aktif, sentiasa membeli semasa harga murah dan menjual semasa harga mahal.
  4. Monitoring system by consultant , pastikan konsultan anda sentiasa memantau pergerakan pelaburan anda. Oleh kerana, pelaburan memerlukan penelitian yang lama dan berterusan, adalah tidak bermanfaat jika anda melabur di UT tanpa bantuan consultant anda kerana anda akan menjadi pelabur yang pasif. dan tidak dapat membuat banyak keuntungan di UT. Lebih baik anda melabur di ASB.
    ¡@
  5. Keluar bila sampai target, jangan tamak. Jika objektif anda iaitu 20% sudah dicapai, jangan teragak untuk keluarkan kerana jika tiba keesokan harinya harga jatuh, anda telah hilang peluang anda untuk mendapat untung.

Financial Planning ( Perancang Kewangan )

Mengapa kita perlu perancangan kewangan jangka panjang?

Kita semua mengimpikan sebuah kehidupan yang terjamin dan bahagia di samping keluarga. Namun, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu merancang kewangan kita bagi jangkamasa panjang dan secara menyeluruh. Di sini kalkulator belanjawan dapat membantu anda.

Anda boleh merancang belanjawan bulanan anda dan mencatat jumlah pendapatan serta perbelanjaan harian anda dengan menggunakan kalkulator belanjawan ini. Pada akhir bulan, anda boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan anda . Mula gunakan kalkulator belanjawan di sini.

Muat turun kalkulator belanjawan

¡@